Tuesday, September 22, 2009

Edisi : Selamat Hari Raya

Wednesday, September 02, 2009

Edisi : Afdal Lewatkan Sahur

Soalan :

Apabila tiba Ramadhan, selalu orang sebut bersahur. Apa maksud bersahur?


Jawapan :

Sahur adalah makan walaupun sedikit pada akhir malam. Ia adalah perkara sunat ketika berpuasa. Sekalipun tidak makan, maka minum pun sudah dinamakan bersahur.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
"Bersahurlah kerana pada sahur ada keberkatan." Riwayat Bukhari

Antara kekuatan sahur adalah sebagai penguat dan motivasi untuk berpuasa.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Minta tolonglah dengan makanan sahur atas puasa." Riwayat al-Hakim

Keberkatan sahur juga kerana kita mengikut sunnah Nabi SAW. Kebetulan doa pada waktu sahur amat mustajab.

Seeloknya kita bersahur pada akhir malam kerana hadis Nabi SAW yang bermaksud:
"Sentiasa umatku dalam kebaikan jika mereka mengawalkan berbuka dan melewatkan sahur." Riwayat Ahmad

Edisi : Cinta dan Kawan

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga.... Kenapa??

Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa??

Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !! Di dalam telaga CINTA hilang.... Kenapa??

Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap....Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa??

Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia.... kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....


Walau kita punya couple, teman still paling setia..
Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga.

Tuesday, September 01, 2009

Edisi : Ramadhan Datang

Ramadhan datang alam pun riang
menyambut bulan yang berkah
umat berdendang kumandang azan
pertanda hati yang senang
hati yang gembira
penuh suka cita

Sebulan kita kan berpuasa
melawan lapar dahaga
kalahkan nafsu rayuan syetan
menjadi insan yang taqwa
hati yang gembira
penuh suka cita

Tarawih dan tadarus
bersujud di tengah malam
berzikir dan berdoa
menyebut asmaMu ALLAH
dan tak lupa berzakat
sempurnakan kewajiban
mensucikan jiwa
sebagai makhluk ALLAH

Friday, August 21, 2009

Edisi Puasa Kome..


Ramadhan kembali lagik.. mari ler kita jgn sia2kan Ramadhan yang tiba ini, mungkin in Ramadhan kita yang terakhir. Sesungguhnya org2 yang membuat kebaikan dibulan Ramadhan mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda.

Ampun maaf dari saya sekiranya terdapat salah dan silap yang membuat korang sumer terguris hati. Manusia memang tak boley lari dari membuat kesilapan termasuk lah aku.

Friday, August 14, 2009

Edisi : Pergi Tak Kembali

Rabbani is a Malaysian nasyid group that consists currently of 6 members which are Ahmad Shafie, Zulkiflee Azman, Mohd Loqman Abd. Aziz, Rithauddeen Yaakob, and Azadan Abd Aziz.

In 1997, Rabbani released their self-titled debut album. They released 8 more albums after their debut album. They incorporate modern music into their nasyid songs, instead of making music that is merely dominated by the sound of percussion instruments. They have succeeded in creating an interesting fusion of contemporary nasyid music, appealing to a larger (and younger) audience.

On August 13rd, 2009 the leader of the popular nasyid group, Asri Ibrahim, 40, passed away at Pantai Hospital, Kuala Lumpur, at 11am after fainting while on air in Angkasapuri.
Al-Fatihah.

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Sunday, August 09, 2009

Edisi : Updated..

Fuh.. lama jugak aku tak update blog aku nie, sejak2 aku baik dari demam dan batuk2 yang sgt serius baru sekarang aku terdetik utk update blog nie. Oh ye, sepanjang aku tak update blog nie mcm2 aktiviti yang buat sampai demam dan batuk jadiknya. Actually aku bukan ler ahli H1N1 lagik, cuma doktor saspek jer aku ader H1N1 so dier bagi aku cuti 3 hari duk kat rumah. Tapi memang teruk gak batuk aku masa tu, sampai sakit2 dada eden. Nasib baik sebotol ubat batuk aku abiskan lega pun terasa.

Kepada rakan2 semua, jangan lupa jaga kesihatan anda kerana kesihatan anda begitu berharga. Jangan anda diselubungi kesakitan.

Tuesday, July 28, 2009

Topik Minggu Ini : Suami Boroi Tanda Bahagia


Saya ada membaca satu artikel di dalam akhbar baru-baru ini mengenai isu suami boroi. Dalam ulasan artikel berkenaan seolah menceritakan bahawa suami yang boroi menandakan mereka sangat bahagia hidup berumah tangga. Saya berkahwin 3 tahun lalu, dan mempunyai seorang cahaya mata. Di awal perkahwinan suami saya berbadan kurus dengan berat lebih kurang 59 kilogram dan berperut leper. Namun setelah 3 tahun berkahwin beratnya mencecah 72 kilogram dan perutnya sudah mula membuncit seperti wanita mengandung 3-4 bulan. Namun dia masih sihat dan tidak dirundung penyakit. Jika benar artikel berkenaan, benarkah perut suami saya yang buncit itu tanda dia amat bahagia hidup berumah tangga dengan saya?

ISTERI BAHAGIA,

Hulu Langat.


JAWAPAN

Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti.. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.

Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk 'makan di rumah?.

Lelaki akan merasa selesasetelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudahbagi mereka untuk makan. Berbanding wanita. Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga. Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan.

Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali, periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak begitu.

Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat! Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka. Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut.

Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain 'boroi?. Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.

Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan.

Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang 'slim? dan masih tampan. Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang... namun itulah hakikatnya. Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih
mementingkan hidup berumah tangga.

Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula 'jemu? atau mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila si siteri tidak lagi menitik beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yang sebegini. Jadi awas dengan penampilan anda.

Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas, isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami semakin 'bulat? atau perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka yang mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup. Selalunya suami akan terus mengimpikan isteri yang cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggung jawab dan penyayang dan paras rupa suami seperti boroi, botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan.

Nampak sekali dunia ini tidak adil, namun itulah hakikat yang harus diterima sejak azali lagi. Oleh itu pada zaman dahulu kala hampir 77% wanita yang berkahwin memakai susuk untuk memastikan suami mereka akan terus setia dan tidak berkahwin lain. Lihat sahaja potongan pinggang mereka yang digelar pinggang kerengga, buah dada yang munggil dipadankan dengan kebaya ketat, punggung yang padat dan bersanggul tinggi, bagi mereka itulah kekuatan seorang perempuan. Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas berumah tangga atas faktor hubungan seks. Air 'zat? isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka buncit. Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini.

Faktor ini juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang. Namun jika aktiviti seks tidak dilakukan dalam waktu tempoh yang lama buat seseorang lelaki yang pernah berkahwin, perut mereka akan kembali kendur manakala zakar pula akan mula mengecut malah kulit zakar akan mengering. Ini banyak berlaku kepada lelaki yang telah bercerai, mereka yang telah lama menduda ataupun mereka yang sudah lama tidak melakukan hubungan seks bersama pasangan.

Berlainan dengan wanita. Wanita yang sudah berkahwin dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan punya mood yang lebih baik. Kulit isteri yang lebih lembut dikatakan berlaku hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan khasiat yang terhasil dari pundi couper lelaki. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat ianya juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap kedalam tubuh isteri. Oleh itu wanita yang telah berumah tangga dan kerap menerima pancutan sperma suami cenderung mempunyai kulit yang lebih gebu dan lembab.

Dalam Islam juga tempoh edah itu diberi kerana air mani bekas suami masih berada dalam tubuh isteri untuk diserap dalam tempoh beberapa minggu selepas hubungan kelamin yang terakhir sebelum penceraian berlaku. Ini untuk memastikan tidak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus berkahwin lain dan terus melakukan hubungan seks dengan lelaki lain sebaik sahaja bercerai.. Ada juga pendapat bahawa kebaikan air mani itu juga dapat dilihat pada rambut isteri yang semakin hitam dan berkilat. Campuran sperma suami di dalam tubuh isteri juga akan menghasilkan berjuta-juta hormon yang akan membuat wanita lebih ceria dan gembira. Berbanding wanita bujang atau yang menjanda, mereka dikatakan lebih mudah marah, kurang mood dan selalu tertekan.

Kembali kepada persoalan anda, jadi kesimpulannya, suami yang berperut buncit tanda mereka bahagia hidup berumah tangga adalah benar, seperti yang telah anda baca pada artikel berkenaan. Tetapi awasi suami anda, walau pun mereka berberut buncit tetapi pastikan mereka kekal sihat. Anda sebagai isteri berperanan besar untuk memastikan menu yang dimasak buat suami dan anak-anak adalah menu yang sihat. Kurangkan minyak, gula dan garam. Amalkan pemakanan sihat sekeluarga.

Joke : Cerita Hantu



p/s : Perhatikan last komen dari cikgu dier..'HANTU ITU GEMBIRA JUGA KAH'